Program Dai Cilik Sempena Ihya Ramadan

Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah menganjurkan Program Dai Cilik sempena Ihya Ramadan. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat murid dalam bidang pengucapan awam serta mencari pelapis yang berpotensi dalam seni dakwah. Seramai 31 orang murid telah menyertai pertandingan ini, mempersembahkan ceramah dengan penuh semangat dan keyakinan.

Tema pertandingan tahun ini ialah Ilmu Dituntut Adab Terpelihara, Tutuplah Auratmu dan Keluargaku Sayang. Tema-tema ini dipilih bagi memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan menuntut ilmu dengan adab yang baik, menjaga aurat sebagai tuntutan agama, serta memelihara keharmonian keluarga.

Pertandingan ini telah diadili oleh tiga juri berpengalaman, iaitu Encik Abu Halifah bin Ibrahim (GPK Pendidikan Khas), Encik Amirul Akmal bin Mohamed Tarmizi, dan Encik Mohamad Hafiz bin Zulkhairi. Mereka menilai peserta berdasarkan kefasihan bertutur, intonasi, penguasaan isi kandungan serta gaya penyampaian yang berkesan.

Sepanjang pertandingan, para peserta menunjukkan keberanian dan keupayaan menyampaikan mesej dengan jelas dan berkesan. Sambutan daripada warga sekolah juga amat menggalakkan, di mana mereka memberi sokongan moral kepada peserta. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat murid dalam bidang pengucapan awam tetapi juga menyemai keyakinan diri serta kesedaran beragama yang tinggi dalam kalangan mereka.

Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, dengan penyertaan yang lebih ramai dan persiapan yang lebih mantap. Semoga usaha ini melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, serta berani berdakwah demi kebaikan umat.

Ikuti Kami

Berita Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.

Naib Johan L12 MSSD Bola Baling 2025

Pasukan Bola Baling SK Taman Universiti 2 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling L12 yang telah menunjukkan semangat juang luar biasa dan meraih naib johan dalam Kejohanan MSSD

Kejohanan Boling Tenpin MSSD JB Tahun 2025

SK Taman Universiti 2 telah menghantar 4 orang pelajar (3 Lelaki dan 1 Perempuan)  bagi mewakili SKTU2 ke Kejohanan Boling Tenpin Bawah 12. 15 dan 18 tahun Majlis Sukan Sekolah