Kejohanan Olahraga Tahunan SKTU2 Kali Ke-28 Berlangsung dengan Meriah

Pada 21 Mei 2025 (Rabu), Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 (SKTU2) telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-28 dengan penuh semangat dan jayanya. Acara ini berlangsung di padang sekolah dalam suasana yang meriah dan penuh warna-warni, melibatkan penyertaan murid-murid, guru-guru serta ibu bapa.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Akmal bin Hj. Mohamed, yang turut menyampaikan ucapan galakan dan motivasi kepada para peserta serta warga sekolah.

Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan daya saing yang sihat dalam kalangan murid. Pelbagai acara balapan dan padang telah diadakan, dengan sorakan padu daripada rumah sukan masing-masing yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Tahniah diucapkan kepada Rumah Emerald yang telah muncul sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, hasil semangat juang tinggi dan kerjasama erat dalam kalangan ahli rumah.

Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sekolah jemputan, iaitu SK Taman Universiti 3 dan SK Taman Skudai Baru, atas kehadiran dan penyertaan mereka yang menyemarakkan lagi kejohanan ini.

Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan sokongan padu sepanjang kejohanan berlangsung. Kehadiran dan dorongan mereka amat bermakna dan menjadi pemangkin semangat kepada para peserta.

Syabas kepada semua pemenang dan seluruh warga SKTU2 atas penganjuran yang cemerlang. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat sukan dalam kalangan murid.

Album Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Universiti 2, 2025: https://photos.app.goo.gl/VrbRvgpPbS1WqXMw8

Ikuti Kami

Berita Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.

Naib Johan L12 MSSD Bola Baling 2025

Pasukan Bola Baling SK Taman Universiti 2 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling L12 yang telah menunjukkan semangat juang luar biasa dan meraih naib johan dalam Kejohanan MSSD