admin

Lawatan Penanda Aras dari SJKT Jalan Yahya Awal

Hari ini bersamaan 21 Oktober, U2 telah dilawati oleh Encik Jeganathan a/l Selvarajoo, Guru Besar SJKT Jalan Yahya Awal sebagai program lawatan penanda aras TS25. Lawatan tersebut disambut oleh Guru besar U2, PK1 dan Encik Asri. Beliau dibawa melawati sekitar kawasan sekolah, disamping sesi diskusi kedua belah pihak. Banyak perkara yang kongsi dan dibincangkan. Diharapkan …

Lawatan Penanda Aras dari SJKT Jalan Yahya Awal Read More »

PLC Penulisan RPH TS25

Pada 20 oktober 2020, diadakan PLC berkaitan penulisan RPH TS25. Format baru penulisan RPH itu diperkenalkan kerana bagi mencapai keseragaman dalam penulisan RPH disamping memperkenalkan kriteria kejayaan dalam penulisan RPH. Selain daripada itu, RPH tersebut juga mengandungi logo TS25 sebagai lambang pengiktirafan sekolah U2 sebagai sekolah TS25 di daerah Skudai.

Program Jom Hijau

Pada 13 Oktober 2020, U2 telah menerima kunjungan daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (BMIP) bagi menilai penyertaan U2 dalam program Jom Hijau. Program Jom Hijau ini bermatlamat; Menggalakkan penglibatan golongan sasar dalam memelihara, menjaga keindahan dan kebersihan landskap. Berperanan membantu PBT dalam menjaga, memelihara dan menyelenggara kawasan lapang/hijau melalui sumbangan tenaga secara sukarela oleh komuniti …

Program Jom Hijau Read More »

Lawatan Penanda Aras Ke TS25 SK Polis Kem

Pada 27 September 2020, Satu rombongan dari U2 telah melawat SK Polis Kem bagi tujuan bertukar tukar pendapat mengenai penarafan sekolah TS25. Banyak yang telah dikongsi oleh pihak SK Polis Kem. Pihak rombongan diberi taklimat mengenai transformasi sekolah, pencapaian sekolah dan sebagainya. Pihak rombongan juga dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Moga segala input yang diterima …

Lawatan Penanda Aras Ke TS25 SK Polis Kem Read More »

Sambutan Kemerdekaan 2020

Panitia Sejarah, Bahasa Melayu dengan kerjasama Panitia Seni Visual serta Panitia Muzik telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2020 pada 15 September 2020. Sekalipun dalam keadaan negara masih dalam PKPP, namun ini tidak menghalang U2 meraikan Sambutan Bulan kemerdekaan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Antara program yang telah dirancang dan dilaksanakan ialah …

Sambutan Kemerdekaan 2020 Read More »

LDP S.O.P Perlaksanaan PLC

Pada 9 September 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat U2, diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berkaitan Profesional Learning Community (PLC). LDP ini disampaikan oleh En Jaafar Bin Hj Jamian. Para peserta yang terdiri daripada Ketua Panitia dilatih untuk mengisi borang S.O.P Perlaksanaan PLC (PDCA-FIS).