Kejohanan Merentas Desa 2025

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa yang berlangsung dengan penuh kemeriahan. Kejohanan ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi, dengan penyertaan murid-murid dari Tahun 3, 4, 5 dan 6.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar, Puan Salina binti Ithnin, yang turut memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta. Beliau menekankan kepentingan sukan dalam membentuk murid yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing.

Trek larian sejauh 4.4 km mencabar ketahanan fizikal serta mental peserta dalam kategori L/P 9, L/P10, L/P 11 dan L/P 12 tahun. Para peserta mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dengan bersungguh-sungguh menamatkan larian masing-masing. Sokongan daripada guru-guru serta rakan-rakan menyemarakkan lagi semangat mereka untuk terus berjuang hingga ke garisan penamat.

Sepanjang kejohanan, langkah keselamatan diberi keutamaan dengan kehadiran pasukan perubatan serta guru-guru yang bertugas di setiap check-point. Semua peserta berjaya menamatkan larian dengan selamat.

Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas semua peserta tiba di garisan penamat. Pemenang bagi setiap kategori menerima pingat dan sijil penghargaan sebagai tanda kejayaan mereka. Kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat tetapi juga memupuk nilai kerjasama, ketahanan diri serta semangat juang dalam kalangan murid.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang! Diharapkan kejohanan ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan murid yang cergas dan berdaya maju.

Ikuti Kami

Berita Popular

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.

Naib Johan L12 MSSD Bola Baling 2025

Pasukan Bola Baling SK Taman Universiti 2 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling L12 yang telah menunjukkan semangat juang luar biasa dan meraih naib johan dalam Kejohanan MSSD

Kejohanan Boling Tenpin MSSD JB Tahun 2025

SK Taman Universiti 2 telah menghantar 4 orang pelajar (3 Lelaki dan 1 Perempuan)  bagi mewakili SKTU2 ke Kejohanan Boling Tenpin Bawah 12. 15 dan 18 tahun Majlis Sukan Sekolah