SEJARAH SEKOLAH

SKTU2

Sejarah awal pembinaan SK Taman Universiti 2 (U2) di buka secara rasmi dengan penerimaan murid pada 1 Disember 1994. Sekolah ini merupakan sekolah rendah ke-2 yang dibina di Taman Universiti. Sekolah ini terletak di Jalan Perubatan 12. Sekolah ini mempunyai 3 buah block bangunan yang terdiri daripada 3 tingkat.

Sepanjang pembukaan sekolah ini pada Tahun 1994. Guru Besar yang pertama bernama En Azmi bin Sujak bersama 27 orang guru. Setahun selepas pembukaan, sekolah ini menjadi tempat tumpangan sementara untuk pelajar dari Sekolah Taman Universiti 1 di jalan Penyiaran hampir setahun bagi pembinaan sekolah yang sempurna sebelum berpindah keseluruhan pelajarnya. Kemudian sekolah ini juga menjadi tumpangan bagi pelajar Sekolah Menengah Taman Universiti hampir 6 bulan ketika di awal pembukaan rasminya pada tahun 1996. En Azmi berasal dari Johor dan telah berkhidmat di SK. Taman Universiti 2 selama 10 tahun iaitu bermula sekolah ini dibuka pada tahun 1994 sehingga akhir tahun 2004. Jasa beliau di SK Taman Universiti 2 ini terlalu banyak dan banyak kenangan yang beliau tinggalkan di sekolah.

Seterusnya, guru besar kedua pula ialah Pn. Hjh Juarah Binti Abdullah. Beliau merupakan guru yang berkaliber dan menjadi role model kepada guru-guru di SK. Taman Universiti 2 ini. Beliau telah bersara pada 21 Mac 2011 setelah berkhidmat selama hampir 7 tahun. Selepas persaraan Puan Hjh Juarah, tempat beliau telah diambil alih oleh guru besar dari SK Bukit Kempas iaitu Tuan Hj Ibrahim bin Ali. Setelah persaraan tuan guru besar Tuan Haji Ibrahim bin Ali, jawatan guru besar kemudian disandang oleh En Ali bin Shukor selama beberapa tahun. Setelah persaraan tuan guru besar En Ali bin Shukor, jawatan guru besar kemudian di sandang oleh En Zulkifli bin Miswan selama empat tahun. Setelah itu, En Zulkifli bin Miswa berpindah ke SK Taman Bukit Indah, tugas guru besar kemudiannya disandang oleh Ustaz Abdul Hamid  mulai 22 April 2022 hingga 19 Disember 2024. Mulai 20 Disember 2024, tugasan guru besar kemudiannya diambil alih oleh Puan Salina Ithnin sehingga kini.