SK Taman Universiti 2 telah menghantar 4 orang pelajar (3 Lelaki dan 1 Perempuan) bagi mewakili SKTU2 ke Kejohanan Boling Tenpin Bawah 12. 15 dan 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah Johor Bahru (MSSD JB) Tahun 2025 yang telah berlangsung di Lite Superbowl2 Johor Bahru selama 3 hari iaitu 15 hingga 17 April 2025. 3 orang peserta lelaki terlibat dengan acara L12 serta memperolehi kedudukan ke 30, 139 dan 194 dari 216 orang peserta manakala peserta perempuan memperolehi kedudukan ke 96 daripada 123 orang peserta. Ini adalah kali pertama SK Taman Universiti 2 menghantar peserta bagi acara kejohanan boling tenpin. Diharapkan ini akan menjadi permulaan bagi U2 mengorak Langkah dalam mencapai kecemerlangan bagi permainan ini dimasa hadapan kelak. Tahniah kepada semua peserta kerana Berjaya mengharungi kejohanan dengan semangat kesukanan yang tinggi.








