Alhamdulillah, warga PPKI SK Taman Universiti 2 telah mencatatkan kejayaan manis dalam Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (KOIKJ) Daerah Johor Bahru 2025 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Anggerik pada 16-18 April 2025.
Keputusan Pertandingan telah mencatatkan pelajar PPKI U2 iaitu Puteri Aisyah Binti Hanafiah telah memperolehi tempat kedua bagi Dekorasi Kek Cawan.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, serta individu yang telah memberi sokongan dan membantu menjayakan penyertaan ini.
Tahniah anak-anak PPKI U2! Teruskan kecemerlangan!
