Program Jom Hijau

  • Pada 13 Oktober 2020, U2 telah menerima kunjungan daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (BMIP) bagi menilai penyertaan U2 dalam program Jom Hijau.

Program Jom Hijau ini bermatlamat;

    • Menggalakkan penglibatan golongan sasar dalam memelihara, menjaga keindahan dan kebersihan landskap.
    • Berperanan membantu PBT dalam menjaga, memelihara dan menyelenggara kawasan lapang/hijau melalui sumbangan tenaga secara sukarela oleh komuniti setempat.
    • Menjadikan masyarakat yang lebih perihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam menjalani kehidupan seharian agar persekitaran sentiasa harmoni, mesara dan kondusif.
    • Menjadikan PBT sebagai contoh dan tauladan terbaik kepada masyarakat setempat dalam menerapkan kepentingan pemeliharaan landskap kepada alam sekitar

Kriteria Pertindangan ialah;

  • 25% Rakabentuk (susunan landskap, landskap lembut, landskap kejur)
  • 20% Pemeliharaan (Memelihara tanaman, mengekalkan topografi, langkah memulihara keharmonian alam sekitar)
  • 20% Selenggara (Kesuburan tanaman, perawatan tanaman, kekemasan)
  • 20% Idea & Inisiatif ( Bersih dari kekotoran, kawasan dalam dan luar, keindahan keseluruhan, kawalan kebersihan)
  • 10% Kreativiti (Nilai estetika, bahan terpakai, Penjimatan tenaga, mencipta perkara baru)
  • 5% Matlamat (Mencapai objektif, dinilai secara menyeluruh)